Thursday, September 13, 2012

Mengalah??atau Beralah


Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu

Wednesday, September 12, 2012

Makan Hati~~~

*kite request ape nan awk pg td?..

*mesti awk lupakan..

* ker awk Bz?

*xkan kot..sebab sy text awk..

*awk ckp x bz pon

*just pg td jer bz skit..

*xpelaa..tamo pk bukan2..hurm..

Tuesday, September 11, 2012

Merindui..

as'salam..:)..

kite dh x jd BFF..

tapi..

saya rasa macam saya jauuuuuuhhhhhhhhhh sangat dgn awk..

hurm....

saya xtau nak wat mcm mane..

awk tau...

de satu mase tu sy pikir..

mungkin saya patut duduk "diam dan tengok"

tapi kan..xboleh..sebab..

bila sy nak wat cam tu..awk akan dtg..hurm..


saya kecik hati..saya diam..xpelaa..sy tunggu awk..


p/s : saya rinduuu nak kuar jln2 nan awk incik nebiula_satriani

Friday, September 7, 2012

sedeyyy..peedeyyy..

sob3..sedey laa jen jenab (hard disk WD aku) den kna format..tgn sape la yg bek hati p format..abes sume pic lam tu..penat ak simpan since masuk unibesiti..pai p pnang ritu..malang xabes2 ag timpa ak ni..sob3..uwaaaaaaaaaaaa..

*sampai hati orang tu g format jen jenab den..*

3rd DAY~~

aip2..morning..

guess what..dh msuk ari ke 3..tahniah..keep continue yer cik intan..aja2 fighting..:)

Thursday, September 6, 2012

ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu


*** saya tunggu awk My prince nebiula_satriani..saya maafkan awak..***

Wednesday, September 5, 2012

Kenangan Naien_091108

cerita tentang masa lalu
cerita tentang kau dan aku
kini tinggal hanya kenangan
kau abadi di dalam hati ku


walau seribu kali hati ini kau lukai..hati ini milik kamu..
Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu


andai itu ketentuan saya dan awk tiada jodoh..saya redha..saya maafkan sume yg awk lakukan pada saya..maafkan saya juga kerana buat hubungan kita jadi begini..xpelaa..saya maafkan awk atas pe yg awk "lakukan" pada saya.
hanya saya dan awak shj mengerti ape yg terjadi
saya tunggu awak jadi "IMAM MUDA" saya..
dan
saya akan tunggu awk datang..:'(
saya akan tunggu awak dtg mohon maaf pada parent saya n berjanji nan saya..awk x akan ulanginya lagi..
saya tunggu awak..
if awak x dtg..
saya mengerti "AWAK BUKAN MILIK SAYA"


*** ur BFF ***

Saturday, May 12, 2012

Istikharah cinta 2

amik dari entry blog kawan..:(

jodoh Tanda jodoh itu kuat bersama si dia

Berapa kuat jodoh anda dengan si dia

Sebelum ini di artikel artikel lain banyak menyentuh tentang tips tips jodoh. Secara umum yang kita tahu, tanda tanda jodoh adalah, keserasian, saling memahami, masing masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu yang secara asasnya. Tapi dalam artikel ini, kita akan membincangkan perkara yang berbeza. Masih tentang tanda tanda jodoh kita kuat bersama seseorang tetapi dalam konteks yang sedikit berbeza. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah. Orang kata cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan atau mempercayai sesuatu mitos. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai bila bila lah dia tidak akan ada.

Cinta boleh dipupuk? Adakah ia benar? Bagi saya, jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya kita mahu. Boleh kalau korang nak cuba. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta dan jodoh. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni:-

“Hisyh, asyik asyik terserempak dengan dia je, hari hari pandang muka dia je”,

“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”

Ha, tu tandanya apa tu? Hehe, memang lah tidak semuanya betul mereka yang selalu terserempak bersama tu memang berjodoh, tapi kebanyakkannya macam tu kan? Cuba perhatikan mereka yang berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat meniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku. Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-

Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita

Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita. Entah entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada diantara korang yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk korang akan tetap juga sampai nanti.

1298717287 171412012 1 gambar biro jodoh muslim samara Tanda jodoh itu kuat bersama si dia

Sebenarnya, jika kita perhatikan betul betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.

Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi

Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang datang untuk menguji cinta korang kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus asa. Ok, jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Korang pulak dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan korang berdua kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia. Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan korang untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh korang kuat bersama si dia InsyaAllah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?

Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!

Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah. Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya. Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.

Jangan serahkan pada takdir semata mata

Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha . Ada yang kata jodoh tak perlu di cari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan. Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan? Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama lamanya!

Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.

Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang. Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.

Istikharah cinta

12 may 2012..finally kami "selesai"..almost 4 yrs cube pertahankan n akhirnya..xpela..if jodoh kami kuat..InsyaALLAH one day pasti kami bersama..from now "mama" dh xde..xde semangat..sakit pale..:'(



p/s :thanks pd yg sudi mendengar luahan hati den..:'(

Thursday, March 15, 2012

Faham..

faham sama faham

aku tidak faham,
untuk apa aku memberi faham,
kepada kau yang tidak faham,
apa yang aku faham,
apa yang kau faham,
tidak pernah bertembung faham

aku tidak faham,
untuk apa aku faham,
apa yang kau faham,
kalau kau hanya faham,
yang aku tidak faham,

aku tidak faham,
mengapa itu yang kau faham,
sedangkan kau sangat faham,
apa yang aku faham,

aku tidak faham,
kemana hilangnya faham,
pada ketika kau dan aku mencari satu faham
dalam dunia yang berbeza faham,

aku tidak faham,
mengapa kau dan aku berbeza faham,
pada perkara yang kita faham,
faham sama faham

baik..sy faham..:)

Mata Amira sudah merah, dan ada surat di tangannya. Entah beberapa kali Amira membaca surat itu, tetapi setiap kali membacanya, pada setiap kali itu juga hati Amira umpama dirayapi semut merah yang bisa.

Amira sekali lagi membaca surat di tangannya.

Assalamualaikum,

Apa khabar anakanda di sana? Ayah doakan semoga anakanda ceria semasa membaca surat ini. Maafkan ayah kerana masih ketinggalan zaman. Perkara yang sepatutnya diberikan melalui e-mel, ayah hantarkan melalui surat. Salah ayah juga kerana tidak bertanya e-mel baru anakanda.

Ringkaslah ceritanya, ayah sudah tahu kisah anakanda daripada bonda. Kisah manis hati anakanda. Namun janganlah anakanda khuatir sehingga surat ayah ini anakanda berhenti baca, kerana ayahanda bukanlah mahu marah, bukan juga mahu mengarah-ngarah anakanda yang sudah dewasa, melainkan ayah cuma mahu bercerita kepada anakanda berkenaan apa dalam hati ayah ini.

Ayah yakin dan sangat percaya, anakanda adalah anak yang solehah, yang taat kepada agama. Namun pada usia anakanda, ayah juga tahu suatu perkara, anakanda dalam diam sedang berperang dengan perasaan di dalam dada.

Ayah khuatir betul dengan perkara yang namanya cinta. Walaupun sudah ayahanda jelaskan, dan walaupun puas bonda terangkan kepada anakanda berkenaan cinta, pasti ada ketika hati anakanda terdetik juga mahu mencuba apa rasanya cinta, dan ayah tahu sudahlah datang waktu itu kepada anakanda.

Janganlah salahkan bonda kerana memberitahu ayah, tetapi ayah jugalah yang salah kerana setiap hari ayah bertanya tentang kamu daripada bonda. Bonda kamu itu sangat taat kepada ayah, dan tidak mungkinlah dia mampu merahsiakan sesuatu pun daripada ayah.

Ingat lagi ayah, pada ketika anakanda baru empat tahun dan anakanda mahu membeli belon warna merah. Ayah belikan dan anakanda sangat gembira. Anakanda terus berlari-lari dengan belon merah di tangan sambil ketawa riang. Malangnya, belon anakanda pecah tergeser daun lalang. Anakanda menangis, dan ayah sekuat hati memujuk anakanda dan waktu itu walaupun anakanda sangat kecewa, marah dan sedih tetapi tetap juga anakanda terpujuk dengan kata-kata ayah. Terpujuk apabila ayah mengangkat anakanda tinggi dan meletak anakanda pada bahu ayah. Anakanda gembira, dan tangisan pun mereda.

Namun kini, apa yang ayah takutkan semasa anakanda umur empat tahun, terjadi lagi. Bukan lagi belon yang pecah tetapi akankah hati anakandayang pecah? Itulah yang ayah khuatirkan tentang anakanda, pada ketika umur anakanda sudah tidak memungkin ayah meletak anakanda pada bahu ayah, itu juga bermakna anakanda tidak mungkin lagi terpujuk.

Itulah cinta sebelum nikah, ia seperti belon merah yang anakanda inginkan semasa kecil. Ia lembut, ia menggoda dan ia nampak manis. Namun hakikatnya, ia sangat nipis, dan banyak perkara mampu membuatnya pecah pada ketika anakanda membawanya berjalan di jalan penuh lalang.

Ayah, berharap tahan-tahan dahulu perasaan kamu itu. Jangan ditunjuk kepada si lelaki sehingga anakanda terlihat murah. Sekiranya anakanda mampu menahan rasa rindu kepada bonda dan ayah di sini, apalah sangat menahan rasa suka kepada lelaki yang entah siapa.

Banyakkan ingat Allah sayang. Banyakkan menyebut namanya. Berzikirlah, bertahmidlah, bertasbihlah dan bertakbirlah. Banyakkan membaca ayat-ayat-Nya. Kerana hanya kepada Dia anakanda dapat bergantung dengan sepenuh hati selepas ayah dan bonda jauh dari anakanda.

Janganlah pula anakanda menyangka ayah ini kolot orangnya sehingga tidak mahu anakanda bercinta. Tidak salah anakanda bercinta, cuma bagi setiap perkara akan ada masanya yang tepat. Seperti embun yang lembut, tidaklah ia turun ketika matahari sudah tegak di kepala, tidak juga turun pada ketika matahari condong ke barat, ia turun pada waktunya yang tepat, walaupun singkat tetapi itulah yang terindah untuknya.

Sedangkan embun di hujung daun pun punya waktu, apatah lagi cinta yang lebih besar daripada itu. Sekiranya anakanda bertanya, bila waktu yang tepat untuk yang bernama cinta? Jawab ayah, pada ketika semuanya sudah bersedia.

Cinta itu anakanda, bukan sekadar hati yang bersedia menerima dan memberi tetapi, fikiran juga perlu bersedia, emosi perlu bersedia, fizikal perlu bersedia, dan paling utama, adakah pasangan anakanda itu juga sudah bersedia untuk semuanya? Bersedia menerima dan memberi? Pada ketika hanya hati yang bersedia, pada ketika itulah cinta itu umpama belon yang mudah pecah.

Pada ketika anakanda sudah tidak mampu menahan rasa hati, ingatlah anakanda ayah dan bonda di sini. Jaga air muka kami dengan menjaga air muka anaknda, jaga maruah kami dengan menjaga maruah anakanda, dan jaga akhirat kami dengan menjaga akhirat anakanda. Ingat jugalah, jodoh itu terkadang datang lebih awal daripada cinta.

Sekiranya anakanda berasa surat ayah ini sudah keterlaluan, ketahuilah, ayah memang keterlaluan dalam soal sayang dan kasih kepada anakanda. Sayang ayah dan bonda kepada anakanda, keterlaluan sepertinya matahari yang terik, bukannya seperti matahari pagi tidak juga seperti matahari senja.

Sekiranya keterlaluan sayang dan kasih itu salah untuk anakanda, maafkan ayah kerana ayah tidak mampu untuk mengurangkannya. Tidak mampu walaupun sekuman. Baik buruk anakanda, anakanda tetaplah permata dalam hati ayah. Kerana anakanda sudah memegang hati kecil ayah ini sehinggalah saat ayah mati, sedang ayah hanya mampu memegang tangan anakanda semasa anakanda masih kecil.

Akhir kata, semoga anakanda sudah mengerti sedikit hati ayah. Tidak banyak, sedikit pun itu sudah membuat ayah tersenyum. Jadi jaga diri anakanda, kerana ayah dan bonda sudah setiap waktu mendoakan kesejahteraan anakanda dengan air mata. Sekiranya tidak mungkin ayah memegang dan memimpin tangan anakanda sekarang, izinkan ayah memegang dan memimpin anakanda dalam doa ayah.

Salam sayang,
Ayah.

3 tahun 4 bulan 6 hari..

Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.. Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG... Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN
sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...

15 Mac 2012

We are over..tiada lagi kisah kami..no MUHD NA'IM MUHD NASIR in my LIFE..FULLSTOP.

Wednesday, February 1, 2012

1 February 2012 bersamaan 8 Rabiul Awal 1433

KEKASIH-USMAN AWANG

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.

sungguh puitis ayat ini..sungguh mendalam kasih sayang itu sebenarnya..Ya ALLAH..Andai Muhd Nai'm Muhd Nasir tercipta untukku..redhakan lah kami..titipkan lah kami dgn rahmat mu..panjangkan lah jodoh kami Ya ALLAH..


Wednesday, January 25, 2012

tuk nujum..:)

p/s : betoi ka??hehe..

BiG GurL DuN CrY..~~



BIG GURL DUN CRY..





tetap "TERTAWA" walau aku sbenarnya ingin "MENANGIS"..

aku tetap "TERSENYUM" walau aku sebenarnya "KECEWA"..

aku tetap "KUAT" walau aku sebenarnya "SUDAH LEMAH"..

aku tetap "SEMANGAT" walau aku "TERTEKAN" oleh masalah..

Dan yang terpenting


aku tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja walau sebenarnya hati ni sedang MERANA kerana aku tahu Allah S.W.T sentiasa disisi aku..




P/P/S : Redha itu ikhlas..Pasrah itu menyerah..:(

Thursday, January 19, 2012

Ending 2011..:)

As'salam..mmg dh lame ak x ngedate blog ni..hehe..faktor bz plus lupe de blog..haha..now dah msuk tahun baru..2012..opkos laa..byk kesah suke duka yg di harungi on 2011..a lot of kenangan yg nk di ingat and xnak di ingat..
Ending year 2011 kami sekeluarga pergi family vacation on Penang plus meet my future family in law..actually..this is 2nd tyme..and lebih byk mse ak and fmily naim spend tyme together..and ble smpai jer di bumi penang..palpitation dah jntung ak..oh gosh..pas ni mesti meet nan mak naim..huhu..yela..sbb naim and mak yg akan tnjuk kan kami our homestay..thanks to my sayang coz crikan homestay..huhu..ILY..:)..after dh smpai..ofkos salam2..hugging2..hehe..part turn ak bersalam nan mak naim..seram sejuk seyh..haha..tp under control ag..punyer la sejuk tgn ak bila salam nan mak..nebes punye pasal..haha..then sembang2..ak n my sibling pon loading brg2 kami yg seperti nak pindah umah msuk lam homestay kami yg MARVELLOUS ni..cheaper n suitable nan condition rumah yg SUPERB..xbnyak snap pic umah tu bab..smpai2 jer msing2 dh letih n nak rehat bcoz esok kami nk round 1 penang..:)..

Aku bgn awal pg tu..bab kena kejut INCIK HUNNY BUNNY bgn suh bli bekpes..hehe..thanks syg for the bekpes..Kami sume suke cucur udang SHAHUL HAMID tu..hehe..len kali lau kmi p sna..bli kan ag tau..:)..then dlam 11.30 a.m pon kami bertolak..Our 1st destination is KOTA KUALA MUDA,KEDAH..kami p sna bab nk p tgk kesan Tsunami yg melanda tempat tu end of dis 2004...xsilap ak laa..kat sne gak 'mak'(mak syg..) bwk kami p Pasar Bisik..guest why depa pgil pasar bisik..sebab..all urusan jual beli..sellerr nan buyer must bisik2..hehe..interesting kan.. next tyme nak p ag..hehe..then pas tu amik mak cik and mak teh naim then trus gerak p penang..hipp22 hooraayyy..1st tyme ak naik ferry..best gak..hehe..tiba2 terpikir..wat photoshoot wedding atas ferry pon sempoi..:)..hehe..nk dicritakan mmg letih kan...kira dlm 1 hari tu kmi pusing2 penang laa wlaupun tensen nan JAM..damm..penang punyer jam..YA ALLAH..tuhan jer tau..haha..tp kami ok jer bab..kami kan pelancong..ececeh...pelancong dlm negara..haha..so di smping jam yg pjg tu kmi leh menikmati suasana keadaan di Penang..and hajat ak nan kami tercapai gak nk makan char kue tiaw..ehhee..bygkan dh mkn kat kdai..bungkus lg..hahaa..lapo bebenor kmi ni..haha..

3rd day aka hari trakhir ak di test oleh mak..haha..ayat mak.."ari tu mai kami dh msak dh..la ni kami nk try org ipoh msk la pulak..org ipoh chef suma"..hahaha...ayoyo..seb bek ak bkn mai sorang..den de backup..yesss..along,kak k and anje de..so,,kmi pon bergnding bahu menyiapkn task..cehh..cam master chef la pulak..hahaha..mcm2 juadah di sediakan..haha... Alhamdulillah sume ok..our food pon ok..hehe..

Ingat nk balik ptg..tup2..makcik naim dok perangat kami sal ABC GUNUNG JERAI..pe lg..demi tamo lepaskan kempunan..kmi p gak..haha..ABC GUNUNG JERAI yang hanya boleh di dapati di PANTAI MERDEKA..hehee..and our last destination is KOMPLEKS DATO KAILAN..bab pe p sna?bab nk bli jeruk..my fav jeruk..jeruk buah salak..ehhe..so.angah and along pon memborong sakan laa..almost RM 100 ++ la jgak..haahaa..dan kmi smapai di IPOH tepat2 jam kol 12.00 malam..Disini lg skali..our family nak ucapkan berjuta2 tq pd semua fmily incik HUNNY BUNNY bcoz layan kami..thanks sgt..kami sgt enjoy..:)...and ak pulak..ALHAMDULILLAH..ak nan fmily naim pon dh semakin ok...hehe..hope berkekalan laa..AMIN..


p/s :kami byk blajar bnda baru..how to siang mentarang..masak mentarang..:)..sape yg xpnah cube mentarang..try it..sodapp..:)